Setiap kanak-kanak akan melalui proses pertumbuhan dan perkembangan sejak mereka lahir lagi. Contohnya, seorang bayi akan menjalani proses pertumbuhan dan perkembangan sesuai mengikut peringkat umur masing-masing. Sejurus selepas dilahirkan, bayi akan membuka mata dan kemudian akan menangis. Hari demi hari, bayi itu akan mula belajar menghiap susu, menggenggam sesuatu seperti tangan ibunya dan seterusnya bermulalah proses perkembangan yang lebih pesat seperti mengiring, meniarap, menjulur, merangkak, duduk, berdiri, bertatih, berjalan, berlari dan ke tahap yang lebih hebat lagi. Manakala dari segi pertumbuhan, seorang bayi itu akan mengalami perubahan secara kuantiti dari segi saiz, berat, dan bilangan gigi.
Terdapat 4 aspek penting dalam perkembangan menyeluruh kanak-kanak iaitu:-
1. Perkembangan Fizikal
- kebolehan mengawal moto kasar (badan, tangan, kaki, kepala), moto halus ( jejari, mata) dan koordinasi anggota badan (koordinasi mata-tangan)
2. Perkembangan Kognitif
- Keupayaan kanak-kanak mengumpul ilmu pengetahuan serta maklumat dan menggunakananya untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.
3. Perkembanagan Bahasa
- Keupayaan berhubung atau berkomunikasi kehendaknya samada melalui bahasa isyarat atau bahasa lisan.
4. Perkembanahgan Sosio-Emosi
- Melibatkan 2 aspek iaitu sosial dan emosi. Keupayaan kanak-kanak bergaul, berinteraksi dan meluahkan berbagai perasaan apabila berinteraksi dengan kawan-kawan atau orang dewasa.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi4Pseou4URGuXBck3pN8lcCbIt76Cxkqd6wI9njmqctJwj9oTbWV3wVQGUBhda-jMlewZ4_wNWt-utQ37Uz0aFod0gc4WEH8MVde4wRuYOgBd6HH0oGZ1kqvP8CiE0tdZW9CMgNLktyj8/s400/perkembangan.jpg)
No comments:
Post a Comment