Sunday, November 8, 2009

APA ITU TASKA?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Pasti ramai yang tahu TASKA adalah tempat di mana ibubapa akan menghantar anak-anak mereka untuk dijaga ketika mereka pergi bekerja. Tetapi, pasti ramai yang tidak tahu apakah definisi TASKA serta fungsi-fungsinya.

Mari kita berkenalan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan TASKA.

1) Definisi TASKA:
Mana-mana premis di mana empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dari lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah.

2) Jenis-jenis TASKA:

Taska Di Rumah
Suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk kurang daripada sepuluh orang kanak-kanak dalam rumah orang yang didaftarkan.

Taska Di Institusi
Suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang kanak-kanak atau lebih.

Taska Di Tempat Kerja
Suatu taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih.

  • Kerajaan telah bersetuju untuk meluluskan pemberian subsidi yuran pengasuhan TASKA di tempat kerja sektor awam kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM3000 sebulan.
  • Kadar subsidi yang layak diberi adalah mengikut kadar yuran sebenar atau maksimum RM180 sebulan bagi seorang anak, dibayar terus kepada pengusaha TASKA oleh agensi di mana pegawai berkhidmat. Sekiranya yuran tersebut melebihi RM180, baki selebihnya ditanggung oleh pegawai berkenaan.

Taska Komuniti
Suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak di suatu kawasan tertentu dan yang menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau suatu Kerajaan Negeri.

  • Taska Komuniti memberi kemudahan kepada keluarga berpendapatan rendah
  • Subsidi sebanyak RM180 sebulan bagi seorang kanak-kanak. Permohonan ini hanya kepada golongan yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM2000 sebulan di bandar dan RM1200 di luar bandar.
Okay, bila dah tahu mengenai jenis-jenis TASKA, cuba teka...TASKA IXORA GEMILANG terletak dalam kategori apa?

Bagi yang berminat untuk membuka TASKA, berikut dikongsikan segala langkah yang perlu diambil sebelum bergelar pengusaha TASKA.

Pemohon perlu mengemukakan permohonan pendaftaran TASKA ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berkenaan dan memastikan dokumen-dokumen di bawah disertakan iaitu:

  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia / Pendaftar Pertubuhan
    • Nama sesebuah taman hendaklah menggunakan perkataan "TASKA" pada permulaan nama dan diikuti dengan nama yang dicadangkan dalam Bahasa Malaysia

  • Mengisi Borang II Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Seksyen 7)
    • Borang II boleh didapati di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran dengan harga RM10.00 (Permohonan Baru) dan RM4.00 (Permohonan Semula).
    • Sila dapatkan khidmat nasihat dari Pegawai Diberikuasa TASKA untuk mengisi borang ini.

  • Kelulusan dari 3 agensi teknikal
    • Pihak Berkuasa Tempatan
    • Jabatan Bomba dan Penyelamat
    • Jabatan Kesihatan
      (Sila dapatkan surat sokongan daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah jika berkenaan)

  • Pelan Lantai yang menunjukkan ukuran panjang dan lebar dalam meter (setiap ruang) beserta pengiraannnya.
    (ruang berkenaan tidak dikira iaitu jalan lalu, bilik stor, dapur, pejabat, tandas atau bilik kakitangan)

  • Jadual aktiviti harian

  • Jadual menu

  • Senarai aktiviti bersama ibubapa

  • Wang Pos / cek atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia (RM50.00)
    (Sila pastikan wang pos diberi apabila mendapat pengesahan daripada Pegawai Diberikuasa TASKA bahawa permohonan telah lengkap)
Semoga prkongsian ini akan memberi faedah kepada semua... :)

Terima kasih.



No comments: