Sunday, November 22, 2009

PROSES PERUBAHAN DALAM DIRI KANAK-KANAK

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Setiap kanak-kanak akan melalui proses pertumbuhan dan perkembangan sejak mereka lahir lagi. Contohnya, seorang bayi akan menjalani proses pertumbuhan dan perkembangan sesuai mengikut peringkat umur masing-masing. Sejurus selepas dilahirkan, bayi akan membuka mata dan kemudian akan menangis. Hari demi hari, bayi itu akan mula belajar menghiap susu, menggenggam sesuatu seperti tangan ibunya dan seterusnya bermulalah proses perkembangan yang lebih pesat seperti mengiring, meniarap, menjulur, merangkak, duduk, berdiri, bertatih, berjalan, berlari dan ke tahap yang lebih hebat lagi. Manakala dari segi pertumbuhan, seorang bayi itu akan mengalami perubahan secara kuantiti dari segi saiz, berat, dan bilangan gigi.

Terdapat 4 aspek penting dalam perkembangan menyeluruh kanak-kanak iaitu:-

1. Perkembangan Fizikal

- kebolehan mengawal moto kasar (badan, tangan, kaki, kepala), moto halus ( jejari, mata) dan koordinasi anggota badan (koordinasi mata-tangan)

2. Perkembangan Kognitif

- Keupayaan kanak-kanak mengumpul ilmu pengetahuan serta maklumat dan menggunakananya untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

3. Perkembanagan Bahasa

- Keupayaan berhubung atau berkomunikasi kehendaknya samada melalui bahasa isyarat atau bahasa lisan.

4. Perkembanahgan Sosio-Emosi

- Melibatkan 2 aspek iaitu sosial dan emosi. Keupayaan kanak-kanak bergaul, berinteraksi dan meluahkan berbagai perasaan apabila berinteraksi dengan kawan-kawan atau orang dewasa.


Adalah penting bagi setiap ibubapa untuk mengetahui tentang pertumbuhan dan perkembangan anak-anak. Pengasuh di TASKA yang merupakan sebagai ibu ganti bagi anak-anak juga dimestikan mengetahui pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak di bawah jagaannya supaya dapat merancang aktiviti untuk anak-anak ini bersesuaian dengan tahap kebolehan mereka.




Dengan mengetahui perumbuhan dan perkembangan bagi setiap kanak-kanak, pengasuh TASKA dapat merancang setiap aktiviti berdasarkan tahap kebolehan mereka.

Topik selanjutnya akan mengupas mengenai 4 perkembangan di atas dengan lebih mendalam. Insyaallah.

Terima kasih.

Monday, November 16, 2009

MEMORY 2007

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Berikut merupakan sebahagian gambar yang dirakamkan sepanjang setahun penubuhan Taska Ixora Gemilang. Ada banyak lagi gambar yang lain, tapi belum ada masa nak upload :)










Gambar-gambar di atas adalah kenangan semasa hari sukan.

Sunday, November 8, 2009

APA ITU TASKA?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Pasti ramai yang tahu TASKA adalah tempat di mana ibubapa akan menghantar anak-anak mereka untuk dijaga ketika mereka pergi bekerja. Tetapi, pasti ramai yang tidak tahu apakah definisi TASKA serta fungsi-fungsinya.

Mari kita berkenalan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan TASKA.

1) Definisi TASKA:
Mana-mana premis di mana empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dari lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah.

2) Jenis-jenis TASKA:

Taska Di Rumah
Suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk kurang daripada sepuluh orang kanak-kanak dalam rumah orang yang didaftarkan.

Taska Di Institusi
Suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang kanak-kanak atau lebih.

Taska Di Tempat Kerja
Suatu taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih.

  • Kerajaan telah bersetuju untuk meluluskan pemberian subsidi yuran pengasuhan TASKA di tempat kerja sektor awam kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM3000 sebulan.
  • Kadar subsidi yang layak diberi adalah mengikut kadar yuran sebenar atau maksimum RM180 sebulan bagi seorang anak, dibayar terus kepada pengusaha TASKA oleh agensi di mana pegawai berkhidmat. Sekiranya yuran tersebut melebihi RM180, baki selebihnya ditanggung oleh pegawai berkenaan.

Taska Komuniti
Suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak di suatu kawasan tertentu dan yang menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau suatu Kerajaan Negeri.

  • Taska Komuniti memberi kemudahan kepada keluarga berpendapatan rendah
  • Subsidi sebanyak RM180 sebulan bagi seorang kanak-kanak. Permohonan ini hanya kepada golongan yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM2000 sebulan di bandar dan RM1200 di luar bandar.
Okay, bila dah tahu mengenai jenis-jenis TASKA, cuba teka...TASKA IXORA GEMILANG terletak dalam kategori apa?

Bagi yang berminat untuk membuka TASKA, berikut dikongsikan segala langkah yang perlu diambil sebelum bergelar pengusaha TASKA.

Pemohon perlu mengemukakan permohonan pendaftaran TASKA ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berkenaan dan memastikan dokumen-dokumen di bawah disertakan iaitu:

  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia / Pendaftar Pertubuhan
    • Nama sesebuah taman hendaklah menggunakan perkataan "TASKA" pada permulaan nama dan diikuti dengan nama yang dicadangkan dalam Bahasa Malaysia

  • Mengisi Borang II Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Seksyen 7)
    • Borang II boleh didapati di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran dengan harga RM10.00 (Permohonan Baru) dan RM4.00 (Permohonan Semula).
    • Sila dapatkan khidmat nasihat dari Pegawai Diberikuasa TASKA untuk mengisi borang ini.

  • Kelulusan dari 3 agensi teknikal
    • Pihak Berkuasa Tempatan
    • Jabatan Bomba dan Penyelamat
    • Jabatan Kesihatan
      (Sila dapatkan surat sokongan daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah jika berkenaan)

  • Pelan Lantai yang menunjukkan ukuran panjang dan lebar dalam meter (setiap ruang) beserta pengiraannnya.
    (ruang berkenaan tidak dikira iaitu jalan lalu, bilik stor, dapur, pejabat, tandas atau bilik kakitangan)

  • Jadual aktiviti harian

  • Jadual menu

  • Senarai aktiviti bersama ibubapa

  • Wang Pos / cek atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia (RM50.00)
    (Sila pastikan wang pos diberi apabila mendapat pengesahan daripada Pegawai Diberikuasa TASKA bahawa permohonan telah lengkap)
Semoga prkongsian ini akan memberi faedah kepada semua... :)

Terima kasih.



Tuesday, November 3, 2009

PENGENALAN

Taska Ixora Gemilang telah diasaskan oleh Puan Nordina Binti Shari dan telah ditubuhkan pada awal Januari 2007 di No 2 Jalan Ixora 1/3 Taman Ixora dengan jumlah kanak-kanak seramai 20 orang pada mulanya.

Pada Julai 2007, jumlah kanak-kanak di Taska Ixora Gemilang telah meningkat kepada 65 orang dan ini telah menyebabkan ruang taska menjadi agak terhad. Bagi mengatasi masalah ini, pada Disember 2007 pengasas telah membuka sebuah lagi cawangan Taska Ixora Gemilang di No. 1 Jalan Ixora 1/11 Taman Ixora. Walaubagaimanapun, disebabkan oleh masalah tekanan air dan kerosakan pendawaian elektrik yang sering berlaku di premis No 1, Jalan Ixora 1/11 pada November 2009 pihak pengurusan terpaksa berpindah ke premis beralamat di No. 25, Jalan Ixora 1/4 Taman Ixora yang terletak di belakang premis Taska No. 2 Jalan Ixora 1/3 Taman Ixora.

Taska Ixora Gemilang menawarkan perkhidmatan asuhan dan didikan untuk kanak-kanak berusia seawal dua bulan hinggalah empat tahun. Matlamat utama penubuhan Taska Ixora Gemilang ialah untuk membantu dan menggalakkan perkembangan kanak-kanak yang merangkumi 4 perkembangan utama iaitu:

* Perkembangan sosio-emosi
* Perkembangan kognitif/minda
* Perkembangan fizikal
* Perkembangan bahasa

OBJEKTIF PENUBUHAN TASKA

* Membantu ibubapa yang bekerja supaya dapat menempatkan anak-anak di tempat yang terjamin dan selamat.
* Membentuk satu golongan generasi akan datang yang berwawasan, berkeyakinan, pintar dan bertanggungjawab.
* Membimbing kanak-kanak supaya bersikap positif, bergaul dan menghormati rakan sebaya dan orang dewasa serta mencontohi tatatertib dan tingkahlaku yang baik.
* Membari asuhan, didikan dan kasih sayang yang sempurna kepada bayi dan kanak-kanak.
* Membantu kanak-kanak ke arah membentuk sikap serta perlakuan, disiplin agar menghargai, menghormati, saling sayang menyayangi antara satu sama lain serta menghormati orang dewasa.
* Menggalakkan kegiatan untuk perkembangan yang sihat dan menyeluruh.

MISI

Untuk meningkatkan kualiti pengasuhan sebagai sebuah Pusat Asuhan dan Pendidikan Kanak-kanak yang diiktiraf di Malaysia.

VISI

Mengendali rangkaian francais Pusat Asuhan Kanak-kanak dan Pusat Pendidikan kanak-kanak yang bertaraf tinggi dan berkualiti serta terkenal di seluruh Malaysia.

Taska Ixora Gemilang mengutamakan persediaan kanak-kanak melangkah ke pra-sekolah khususnya. Pengasuh kami berpengalaman, penyayang, dedikasi dan terlatih untuk membantu perkembangan pendidikan anak-anak anda.

Kurikulum

* Perkembangan sosio-emosi
* Perkembangan kognitif / minda
* Perkembangan fizikal
* Perkembangan bahasa
* Kemahiran fardu ain
* Kemahiran matematik / sains
* Kemahiran muzik
* Kemahiram seni kreatif

Aktiviti

* ‘ Water Play ’
* ‘ Story Telling ’
* ‘ Sing A Long Nursery Ryhmes ’
* Fardu Ain
* Asas Mengira
* Mengenal abjad
* Sessi seni kreatif
* ‘ Outdoor & Indoor Games ’

WAKTU PERKHIDMATAN


Isnin-Jumaat 6.30pagi-6.30 petang

Sabtu 6.30pagi-2.30petang

Ahad/Cuti UmumTutup





* Sila hubungi pengusaha Taska Ixora Gemilang untuk mengetahui senarai yuran.