Tahukah anda bahawa syaitan telah mengikuti kita sejak pertama kali kita menatap dunia ini?
Mereka menggoda agar sentiasa menjauhi ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi saw. Rasulullah sendiri tidak terlepas dari berbagai tipu muslihat syaitan yang selalu mengikutnya, cuma Rasulullah selalu dilindungi oleh Allah Ta’ala, sehingga baginda sentiasa terhindar dari tipu daya syaitan. T
Jelasnya, bayi-bayi menangis di saat kelahiran disebabkan pleh mereka ditikam oleh syaitan-syaitan laknatullah, iaitu dibahagian perut mereka, dan ini tidak dapat dilihat oleh manusia secara mata kasar, tapi dapat dirasakan oleh bayi sehingga mereka merasa sakit dan akhirnya menangislah mereka.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, beliau berkata, “ Saya mendengar Rasulullah bersabda,’ tidak ada seorang anak Adam yang lahir kecuali di pegang oleh syaitan ketika ia dilahirkan, sehingga ia berteriak menangis kerana pegangan syaitan, kecuali maryam dan anaknya.’ “ Hal ini juga disampaikan oleh Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ad Darami, beliau berkata, “ Tidak ada seorang anak yang lahir, kecuali ia menangis, syaitan memegang perutnya hingga ia menangis kecuali Isa putra maryam” .
Sumber: http://mohdridzwan.com
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment