Monday, February 22, 2010

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (0-6 TAHUN)


a) Perkembangan fizikal

Kanak-kanak pada tahap ini mengalami pertumbuhan lebih kurang 12 inci setahun dan berat badanny abertambaha padar kadar 5 paun setahun.Saiz badannye juga berubah dengan bahagian kakinya mengalami pertumbuhan dengan lebih cepat berbanding bahagian lain..Apabila menjangkau umur 6 tahun,bahagian kaki meliputi 45% daripada panjang badannya.Pada permulaan tahap ini,kanak-kanak biasanya mempunyai kesemua gigi susu.Pada akhir tahap ini ,mereka akan mula mengalami keguguran gigi susu .Panjang badan semasa lahir adalah lebih kurang 4 kali ganda panjang bahagian mukanya.Oleh itu kepala adalah besar secara relative.Tetapi,kepala bayi mengalami pertumbuhan yang lebih lambat daripad abdomen,tangan dan kakinya.

Menurut Havighurst,kebnyakan kanak-kanak berumur 9 – 15 bulan sudah boleh berjalan.Otot, tulang dan saraf di kaki dan badan telah mencapai perkembangan yang sesuai.Setelah pandai berjalan,kanak-kanak itu akan belajar berlari dan melompat.Dengan peningkatan umur,sistem penghadaman akan beransur-ansur bersedia menghadap dan menyerap pelbagai jenis makanan.Ketika lahir,urat saraf dan otot-otot alat pertuturan sudah terbentuk.Semakin meningkat umurhnya,kanak-kanak akan belajar menyebut bunyi dan berinteraksi dengan orang lain.Contohnya,ketika berumur 20-24 bulan,kanak-kanak boleh menggabung perkataan untuk menjadi suku kata.

Pada bulan ketiga, otka bayi mula berkembang dari segi saiz.Ketika umur 3 bulan,bayi mula memahami perkataan tertentu serta dapat menguasai pergerakan motor.Apabila bayi mencapai umur 18 bulan ,dia boleh menyebut beberapa perkataan yang mudah.Ketika berumur 2 tahun,bayi mampu menggunakan perkataan sebagai symbol.

Antara umur 2 hingga 4 tahun,urat saraf yang mengawal pembuangan air kecil akan berkembang dengan sempurna.Kanak-kanak akan belajar membuang air kecil dan air besar pada masa dan tempat yang sesuai.Sejak awal lagi,kanak-kanak sedar tentang perbezaan jantina manusia dan telah diajar bertingkah laku sebagai seorang lelaki atau perempuan.Merka juga sedar bahawa lwlaki dan perempuan adalah berbeza dari segi bentuk tubuh badan.Pada peringkat awal kanak-kanak mula membentuk konsep-konsep yangmudah.Semakin meningkat umurnya,dia akan belajar konsep-konsep yang lebih abstrak.

Ketika mencapai umur 5 6 tahun,mata kebanyakan kanak-kanak sudah bersedia untuk membaca dan otaknya bersedia untuk menyimpan banyak perkataan.Kajian telah menunujkkan bahawa kanak-kanak dari kelas pertengahan lebih cepat mencapai tugas perkembangan untuk membaca berbanding kanak-kanak dari kelas bawahan .Ini adalah keran kanak-kanak dari kelas pertengahan biasanyan mendapat rangsangan untuk membaca daripada ibu-bapa mereka berbanding kanak-kanak dari kelas bawahan.

Pada akhir umur 6 tahun,seorang kanak-kanak mula membentuk konsep tentang baik dan buruk.
Dari umur 2 hingga 6 tahun kanak-kanak berupaya melakukan perkara-perkara berikut:
· mula bertutur tetapi bersifat egosentrik,iaitu bercakap tentang diri sendiri.
· Menggunakan simbul untuk mewakili pelbagai aspek alam sekitrnya.Contoh,dia boleh menggunakan perkataan ‘bola’ untuk mewakili bola yang sebenar walaupun bola itu tidak kelihatan.
· Bagaimanpun,kanak-kanak peringkat ini belum dapat menguasai konsep pengekalan dan transformasi.
· Ketika mencapai umur 6 tahun ,kanak-kanak gemar membuat sesuatu tetapi jarang menyiapkannya.
· Mempelajari banyak perkara terutamanya dalam bacaan dan kiraan.


b) Perkembangan Kognitif

Berdasarkan teori kognitif Piget, kanak-kanak pada peringkst 0 hinggs 2 tahun mengalami peringkat deria motor,iaitu kanak-kanak banyak menggunakan deria motor seperti memegang dan menghisap untuk berinteraksi dan memahami alam sekitarnya.Pada peringkat awal,kanak-kanak itu tidak mempunyai konsep kewujudan objek.Ini bermana apabila satu-satu objek yang telah dilihatnya disimpan,dia tidak akan berusaha mencarinya. Perkembangan intelek pada peringkat ini adalah terhad kepada objek yang dapat dilihat oleh kanak-kanak itu.

Menurut beliau, kanak-kanak mengalami peringkat praoperasi apabila berumur antara 2 hingga 7 tahun. Kanak-kanak itu mula menggunakan symbol untuk mewakili pelbagai aspek persekitarannya tetapi belum berupaya untuk memanipulasinya secara mental.Contohnya, dia boleh menggunakan perkataan ‘buku’ untuk mewakili buku yang sebenar walaupun tidak kelihatan. Kanak-kanak mula berbhasa tetapi pertuturannya bersifat egosentrik,iaitu bercakap tentang dirinya sendiri.Dia juga tidak berminat untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain.Dia juga enggan menerima pendapat orang lain.

Selain itu dia tidak boleh melakukan proses kebalikan seperti 2+3=5 dan 5-3=2. Konsep pengekalan juga belum dikuasai. Contohnya ,apabila dua cawan air yang isipadunya sama dituangkan ke dalam dua bekas yang berbeza , iaitu sebuah yang tinggi dan sempit dan sebuah lagi bekas yang lebar dan pendek.Apabila disoal bekas manakah yang mempunyai lebih banyak air,kanak-kanak pada peringkat ini akan mengatakan bahawa bekas yang tinggi dan sempit itu .Kanak-kanak juga tidak boleh menggambarkan transformasi. Misalnya,apabila sebtang kayu yang berkeadaan tegak diletakkan secara mendatar secara beransur-ansur,kanak-kanak tidak berupaya membayangkan transformasi yang berlaku antara kedua-dua situasi itu.

c) Perkembangan Sosial dan Emosi

Menurut teori perkembagan Psikososial Erikson,bayi mula membentuk perasaan percaya lawan tidak percaya sejak lahir sehingga usia 1 tahun.Perasaan percaya pada persekitaran dan orang lain akan wujud sekiranya bayi tersebut mendapat penjagaan yang baik daripada penjaganya tertama daripada ibu.Sebaliknya jika bayi tersebut mendapat penjagaan yang tidak sempurna, akan wujud perasaan tidak mempercayai orang lain pada tahap ini.Menurut beliau, sikap kepercayaan ini akan memudahkan seseorang individu berhadapan dengan masaalah dan mencari jalan penyelesaian.Ini bermakna, cara penjagaan bayi oleh ibu bapa adalah amat penting dalam mempengaruhi emosi dan perasaan percaya dalam diri bayi tersebut.

Tahap kedua ialah tahap autonomi lawan rasa malu atau sangsi, iaitu pada umur 2 hingga 3 tahun. Kanak-kanak sudah mula mahu melakukan sesuatu perkara dengan sendiri. Mereka mula belajar makan sendiri,memakai pakaian sendiri dan dan dapt dilatih ke tandas.Pada tahap ini, mereka juga mula ingin melakukan sesuatu secara bebas tanpa bergantung kepada orang lain.Situasi ini merupakan satu permulaan kepada pembentukan perasaan keyakinan diri kepada kanak-kanak tersebut. Ibu bapa perlu memberi galakan dan dorongan kepada kanak-kanak dan membantu mereka dalam penyelesaian sesuatu tugas. Kawalan yang ketat dan mengenakan tindakan jika kanak-kanak tersebut melakukan kesalahan boleh menyebabkan timbul perasaan ragu-ragu dalam diri kanak-kanak tersebut.Ini menjadikan mereka tidak gemar mencuba sesuatu yang baru dan mencabar.

Pada tahap tiga, tahap inisiatif lawan rasa bersalah bermula dari umur 4 hingga 5 tahun, kanak-kanak lebih terdedah kepada pelbagai cabaran kerana mereka mula berinteraksi dan terdedah kepada persekitarannya. Mereka banyak mengambil inisiatif sendiri untuk meneroka dan melakukan sesuatu yang baru bagi memenuhi naluri ingin tahu mereka. Mereka juga kan cuba melakukan sesuatu perkara yang tidak setimpal dengan usianya seperti cuba membantu ibunya memasak, membasuh dan sebagainya. Keadaan ini di sebabkan oleh perkembangan kognitif dan fizikal kanak-kanak telah bertambah. Ibu bapa yang suka mengkeritik atau mengenakan dendaan pada tingkahlaku kanak-kanak yang di sebabkan oleh perasaan ingin tahu menyebabkan kanak-kanak tersebut mempunyai perasaan bersalah pada diri dan tidak berinisiatif dalam melakukan sesuatu aktiviti. Kedaan ini akan menyebabkan kanak-kanak tersebut suka mengasingkan diri dan menimbulkan masalah apabila kanak-kanak tersebut mula memasuki alam persekolahan.

* DI PETIK DARI MODUL PSIKOLOGI PENDIDIKAN OUM VERSI JUN 2008

No comments: