Friday, January 1, 2010

SELAMAT TAHUN BARU



ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

TASKA IXORA GEMILANG INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA IBUBAPA/PENJAGA. SEMOGA TAHUN INI AKAN LEBIH BAIK DARI TAHUN-TAHUN YANG LEPAS. INSYAALLAH...

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Thursday, December 31, 2009

PERNAHKAH KITA TERFIKIR?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:

Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah”.

Tekan 1 untuk ‘meminta’.
Tekan 2 untuk ‘mengucap syukur’.
Tekan 3 untuk ‘mengeluh’.
Tekan 4 untuk ‘permintaan lainnya’.”

Atau….

Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:

“Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah
sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya.”

Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat
respons seperti ini:

“Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,

Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. “Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga &
neraka,silahkan tu nggu sampai Anda tiba di sini!!”

Atau mungkin juga Anda mendengar ini :

Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok.”

atau…

Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi.”

Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat !!

Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pern ah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434

2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini :
28443483

2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul “Al Qur’anul Karim & Hadis Rasul”

Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil..

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

Sabda Rasulullah S.A.W : “Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi
Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut”

7 Kalimah ALLAH:

1. Mengucap “Bismillah” pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap “Alhamdulillah” pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3.. Mengucap “Astaghfirullah” jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap “Insya-Allah” jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap “La haula wala kuwwata illa billah” jika menghadapi
sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap “inna lillahi wa inna ilaihi rajiun” jika menghadapi dan
menerima musibah.
7.. Mengucap “La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah” sepanjang
siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

p/s: Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya

Terima Kasih.

Tuesday, December 29, 2009

PENYAKIT TANGAN, KUKU DAN MULUT (HFMD)

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Bagus rasanya jika dapat berkongsi sesuatu yang bermanfaat di sini. Setelah hampir 15 minit berfikir, akhirnya saya teringat sejenis penyakit berjangkit yang biasa kita dengar. Dan yang lebih penting, penyakit ini sering dikaitkan dengan TASKA memandangkan terdapat lebih dari 4 orang kanak-kanak berada di suatu tempat dalam suatu masa. Ya, penyakit yang saya maksudkan ialah penyakit tangan, kuku & mulut (HFMD).

Bagaimana ianya berjangkit?

Penyakit ini dipercayai boleh berjangkit melalui sentuhan secara langsung melalui hingus dan kahak pesakit. Jangkitan biasanya berlaku pada minggu pertama pesakit. Tetapi, ia tidak merebak melalui haiwan.

Apakah tanda dijangkiti penyakit ini?
  • Pesakit mulanya demam diikuti badan rasa tidak selesa, kemudian selepas dua hari mengalami radang dalam mulut. Radang biasanya terdapat pada gusi dan bahagian dalam pipi.
  • Ruam, kadangkala melecet timbul selepas 1-2 hari menyerupai bintik merah sama ada timbul atau rata di tapak tangan dan tapak kaki. Ruam juga boleh timbul di bahagian punggung.
  • Pesakit hanya ada satu tanda sama ada ruam atau radang mulut.
  • Boleh berlaku diseluruh dunia, biasanya pada musim panas dan awal musim luruh.
Apakah cara merawat?

Boleh dikatakan tiada rawatan khas untuk penyakit ini. Cuma rawatan yang diberi adalah untuk mengelakkan demam, sakit belakang dan radang mulut.

Apakah cara mencegahnya?
  • Antara langkah pencegahannya adalah mencuci tangan dengan kerap terutamanya selepas menukar lampin bayi.
  • Menyah jangkitan kuman pada peralatan seisi rumah dan pakaian(menggunakan cecair dengan mencampur 1 penutup penuh peluntur yang mengandungi klorin dan 1 gelen air).
  • Anda dinasihatkan supaya, kanak-kanak yang dijangkiti dijauhkan daripada sekolah, pusat jagaan kanak-kanak supaya tidak merebak untuk beberapa hari pertama. Kemungkinan ini boleh mengurangkan risiko jangkitan, tetapi tidak membanteras keseluruhan penularan wabak itu.
Jadi, ingatlah bahawa kebersihan tanggungjawab semua kerana mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Jumpa lagi!

Terima kasih.

Thursday, December 10, 2009

MENGAPA BAYI MENANGIS SAAT DILAHIRKAN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Tahukah anda bahawa syaitan telah mengikuti kita sejak pertama kali kita menatap dunia ini?

Mereka menggoda agar sentiasa menjauhi ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi saw. Rasulullah sendiri tidak terlepas dari berbagai tipu muslihat syaitan yang selalu mengikutnya, cuma Rasulullah selalu dilindungi oleh Allah Ta’ala, sehingga baginda sentiasa terhindar dari tipu daya syaitan. T

Jelasnya, bayi-bayi menangis di saat kelahiran disebabkan pleh mereka ditikam oleh syaitan-syaitan laknatullah, iaitu dibahagian perut mereka, dan ini tidak dapat dilihat oleh manusia secara mata kasar, tapi dapat dirasakan oleh bayi sehingga mereka merasa sakit dan akhirnya menangislah mereka.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, beliau berkata, “ Saya mendengar Rasulullah bersabda,’ tidak ada seorang anak Adam yang lahir kecuali di pegang oleh syaitan ketika ia dilahirkan, sehingga ia berteriak menangis kerana pegangan syaitan, kecuali maryam dan anaknya.’ “ Hal ini juga disampaikan oleh Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ad Darami, beliau berkata, “ Tidak ada seorang anak yang lahir, kecuali ia menangis, syaitan memegang perutnya hingga ia menangis kecuali Isa putra maryam” .

Kerana itulah setiap bayi perlu diazankan di telinganya tatkala lahir ke dunia. Maka dengan itu, akan bertempiaranlah syaitan-syaitan durjana itu. Hanya Allah yang mampu melindungi kita sebagai manusia yang serba lemah.

Sumber: http://mohdridzwan.com

Terima kasih.

TAHNIAH PUAN DINA!


ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Pihak Taska Ixora Gemilang ingin menyampaikan ucapan TAHNIAH kepada Puan Dina (Pengasas Taska Ixora Gemilang) kerana telah disahkan mengandung! Alhamdulillah...



Untuk pengetahuan semua, Puan Dina telah menunggu selama hampir enam tahun untuk memiliki cahayamata. Memandangkan Puan Dina pernah mengalami beberapa episod keguguran sebelum ini, doktor telah menasihatkan agar beliau banyakkan berehat dan menghadkan pergerakan. Untuk itu, Puan Dina tidak dapat hadir ke taska dalam tempoh beberapa bulan dari sekarang. Kami mendoakan semoga Puan Dina dan kandungannya sentiasa sihat. Insyaallah...

Sunday, November 22, 2009

PROSES PERUBAHAN DALAM DIRI KANAK-KANAK

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Setiap kanak-kanak akan melalui proses pertumbuhan dan perkembangan sejak mereka lahir lagi. Contohnya, seorang bayi akan menjalani proses pertumbuhan dan perkembangan sesuai mengikut peringkat umur masing-masing. Sejurus selepas dilahirkan, bayi akan membuka mata dan kemudian akan menangis. Hari demi hari, bayi itu akan mula belajar menghiap susu, menggenggam sesuatu seperti tangan ibunya dan seterusnya bermulalah proses perkembangan yang lebih pesat seperti mengiring, meniarap, menjulur, merangkak, duduk, berdiri, bertatih, berjalan, berlari dan ke tahap yang lebih hebat lagi. Manakala dari segi pertumbuhan, seorang bayi itu akan mengalami perubahan secara kuantiti dari segi saiz, berat, dan bilangan gigi.

Terdapat 4 aspek penting dalam perkembangan menyeluruh kanak-kanak iaitu:-

1. Perkembangan Fizikal

- kebolehan mengawal moto kasar (badan, tangan, kaki, kepala), moto halus ( jejari, mata) dan koordinasi anggota badan (koordinasi mata-tangan)

2. Perkembangan Kognitif

- Keupayaan kanak-kanak mengumpul ilmu pengetahuan serta maklumat dan menggunakananya untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

3. Perkembanagan Bahasa

- Keupayaan berhubung atau berkomunikasi kehendaknya samada melalui bahasa isyarat atau bahasa lisan.

4. Perkembanahgan Sosio-Emosi

- Melibatkan 2 aspek iaitu sosial dan emosi. Keupayaan kanak-kanak bergaul, berinteraksi dan meluahkan berbagai perasaan apabila berinteraksi dengan kawan-kawan atau orang dewasa.


Adalah penting bagi setiap ibubapa untuk mengetahui tentang pertumbuhan dan perkembangan anak-anak. Pengasuh di TASKA yang merupakan sebagai ibu ganti bagi anak-anak juga dimestikan mengetahui pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak di bawah jagaannya supaya dapat merancang aktiviti untuk anak-anak ini bersesuaian dengan tahap kebolehan mereka.




Dengan mengetahui perumbuhan dan perkembangan bagi setiap kanak-kanak, pengasuh TASKA dapat merancang setiap aktiviti berdasarkan tahap kebolehan mereka.

Topik selanjutnya akan mengupas mengenai 4 perkembangan di atas dengan lebih mendalam. Insyaallah.

Terima kasih.

Monday, November 16, 2009

MEMORY 2007

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Berikut merupakan sebahagian gambar yang dirakamkan sepanjang setahun penubuhan Taska Ixora Gemilang. Ada banyak lagi gambar yang lain, tapi belum ada masa nak upload :)










Gambar-gambar di atas adalah kenangan semasa hari sukan.